By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 4 comments

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Razak memohon maaf atas kesilapan Umno BN disifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai drama.

Beliau berkata, Najib cuma mahu meraih simpati dan mendapatkan semula undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Tiada maaf bagimu. Tidak… Ini bukan drama sehari. Bagus jugalah keinsafan itu. Dalam Islam keinsafan itu penting. Tapi dalam Islam juga kalau kita nak bertaubat bukan hanya bercakap sahaja.

“Saya tengok walaupun (Najib) minta maaf tapi maaf berlapik. Itu yang tak boleh,” katanya dalam satu kenyataan kepada HarakahDaily.

Baru-baru ini, Najib mengakui Umno BN ada melakukan kesilapan pada masa lalu sehingga rakyat tidak mengundi parti itu dan mengulangi kenyataan sama kepada rakyat Kedah dan meminta rakyat di kedua-dua negeri untuk memberi peluang kepada Umno BN untuk memperbetul kesilapan lalu.

Khalid percaya rakyat bijak untuk membuat pilihan yang betul kerana yakin mereka mampu menilai mana yang baik dan buruk.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pakatan Rakyat sedaya upaya memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat selepas diberi mandat pada 2008.

“Untuk mengubah perlakuan 50 tahun Umno BN dalam masa empat, lima bukan perkara senang tapi inilah peluang untuk rakyat Selangor membuat pilihan.

“Kita sudah mencuba sedaya upaya. Rakyat Selangor bolehlah membetulkan yang tak betul, menyokong perkara yang boleh diperbaiki dan saya harap peluang (kepada pakatan Rakyat memerintah) berterusan,” katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

4 comments:

Anonymous said...

pakatan rakyat telah merosakkan Selangor apa yang BN bina selama ini... jalanraya negeri pun tak dijaga dengan baik, penuh dengan berlubang2... banyak lagi dosa2 pakatan rakyat yang tak boleh dimaafkan...

Anonymous said...

Sejak pegang portfolio agama Selangor dah mula bercakap tentang Islam. Tapi Islam agama pemaaf. Jika orang dah minta maaf, mengapa tiada maaf bagimu? Buka cerita maaf berlapik pula? Islam ada ajar begitu ka wahai Khalid! Sedangkan Hindun yang mamah hati Saidina Hamzah ketika perang Uhud pun Nabi SAW maafkan.

Penasihat Agama PKR Ostad Badrul Amin pun tak buat report polis bila kena pukul dengan 20 orang lelaki yang tak pun minta maaf pada Ostad kerana sifat Ostad yang pemaaf, mengapa Khalid tak maafkan DS Najib yang dah minta maaf?

Anonymous said...

SEBAGAI BUKTI KEIHLASAN...KALAU PEROMPAK HENDAK BERTAUBAT, PERLULAH DIA PULANGKAN HARTA YG PERNAH DIROMPAK KEPADA MANGSA ROMPAKAN. SETAKAT CAKAP2 KOSONG JER....SAPER NAK PERCAYA.

Anonymous said...

kata orang paku serepih,dia lagi terok .