By admin On 10:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Salahudin Ayub,Naib Presiden PAS melahirkan rasa gembira apabila mendengar penerimaan dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah terhadap keputusan PAS pusat.Menurut Harakdah Daily ketika didalam satu perbualan telefon Salahudin Ayub teresak-esak menangis kegembiraan kerana kemelut PAS Kedah sudah berakhir.


Menurut Harakah ,Salahudin menelefon portal berita itu sebaik saja membaca berita yang sangat mengembirakan beliau itu.

Kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu di tanya reaksi mereka terhadap keputusan PAS Pusat yang mengarahkan mereka kembali semula ke dalam barisan exco Kedah.

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh diarahkan kembali semula sebagai anggota exco negeri oleh PAS Pusat.

Arahan itu dibuat serentak dengan keputusan Datuk Seri Azizan Razak akan kekal sebagai MB manakala PAS Pusat membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk membantu pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Phalrolrazi dan Dr Ismail memaklumkan, mereka berdua menerima keputusan PAS Pusat itu.

Sebaik sahaja mereka membuat sidang media di rumah Datuk Ir Phalrolrazi Zawawi jam 5 petang.

"Saya mengeluarkan air mata gembira membaca berita ini," Salahudin teresak-esak ketika beliau menghubungi Harakahdaily.

Beliau mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menyelesaikan kemelut ini terutama sekali pimpinan PAS Kedah dan Pusat.

"Saya berbangga dengan anda semua terutama semangat sayangkan jamaah," kata Salahudin yang turut melakukan sujud syukur bagi menyatakan terima kasih kepada Allah SWT berikutan selesainya kemelut ini.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: