By admin On 20:00 | Categorized As , , | With 1 comments
Anwar Ibrahim meminta Najib menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan kerajaan membelanjakan kos terlalu tinggi semata-mata mendapatkan khidmat konsultan berhubung pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang kini dbatalkan pelaksanaannya.

“Tidak perlu dibebankan peruntukkan kewangan besar untuk mendapat khidmat konsultan kemudian dengan kos yang begitu tinggi, kemudian kembali untuk menangguhkannya,” katanya kepada lidah rasmi KeADILan semalam.

Pada ucapan yang sama, Anwar turut mempertikaikan pendirian tidak tetap kerajaan mengenai pelaksanaan SBPA.

Menurutnya, keputusan melaksanakan SBPA dibuat secara tergopoh gapah sehingga menimbulkan keresahan di kalangan penjawat awam.

“Mengapa kerajaan dari awal tidak memanggil Ceupacs untuk berbincang berhubung pelaksanaan SBPA. Usul awal yang dikemukakan dahulu jelas menunjukkan cadangan ini tidak memahami hasrat pegawai awam di peringkat menengah dan rendah,” katanya.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mac lalu mengumumkan SBPA dimanasuhkan dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.

Sebelum ini, SBPA menerima tentangan hebat, khususnya dari Cuepacs yang tidak bersetuju dengan penyelarasan gaji di bawah skim berkenaan dan mahu mahu gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Ngok betul mangkuk ni. Dah quepac x nak kerajaan batalkan. Knpa persoalkan. Bukan x buat kajian, tpi org tak nak xkan nak teruskan jugak.