By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 6 comments
Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyifatkan Tun Mahathir, DS Najib dan juga TS Muhyidin sebagai orang yang bodoh. Ini berikutan kes perbicaraan Mahkamah mengenai kes Tun Ling Liong Sik.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang memperakui bahawa bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menjadi satu lagi bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN yang dipimpinnya sudah tidak ada kelayakan lagi untuk menjadi kerajaan.

"Yang tersiratnya ialah mahkamah memperakui bahawa kerajaan BN hakikatnya begitu bodoh sehingga boleh ditipu oleh Ling yang merupakan salah seorang anggota kanannya sendiri waktu itu.

"Memang pada masa itu kerajaan diketuai oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang kini dianggap godfather Perkasa, Umno dan BN, tetapi Najib dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) juga berada dalam kabinet waktu itu.

"Ia dengan sendirinya memberikan implikasi bahawa semuanya bodoh sehingga mahkamah memperakui Ling menipu mereka dan memerintahkan bekas Presiden MCA itu membela diri," kata Mahfuz.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

6 comments:

Anonymous said...

Biasalah mahpus ni...

Anonymous said...

Nuar tipu tak ingat lak...

Anonymous said...

Memang pun bodoh sal tu la yg sorang tu antara Doktor Melayu yang terawal dan yg lain tu bekas graduan U. Tapi yg bercakap tu pass apa aaa? Lihatlah diri sendiri jgn dok asik cakap kat makhluk Allah yg lain sedangkan kita pun makhluk Nya. Ingatlah kita dihisapkan oleh Nya diakhirat nanti. Berpolitiklah secara sihat jgn kita terikut ikut dgn cara cara org org tidak suka Islam, Melayu dan Raja.

Anonymous said...

Biasalah mahpus jangan kau pula dibodohkan dengan LGE dan LKS dan kuncu2nya.

Anonymous said...

Org melayu kalau begaduh buang keluarga buang saudara.Org asing ketawakan aja serta dmodalkan agar retak menjadi belah. Lepas tu pecah dan perentah....maknanya jd kuli...

Anonymous said...

si nak mampus omak ni rasa dyer tu layak ke jd ahli kabinet???..mungkin lebih dr ling kalau dyer tu jd menteri....cakap jer lebih.....makin putih rambut dyer tu karang....