By admin On 17:00 | Categorized As , , , | With 1 comments
Disebabkan kenyataan ingin memberi 'makan telur' kepada BN pada pilihanraya umum akan datang, Ketua Menteri P.Pinang telah dilabelkan sebagai jaguh kampung dan seorang pemimpin yang angkuh serta sombong.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP kelmarin berkata mahu memberi BN makan telur di PRU akan datang yang bermaksud, tiada kerusi negeri akan diberikan kepada BN di negeri P.Pinang.

Kenyataan ini telah menyebabkan Lim dilihat terlalu angkuh dalam usaha mempertahankan P.Pinang daripada kembali kepada BN di pilihanraya umum yang semakin hampir.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin berkata kebijaksanaan Lim tenggelam apabila beliau melahirkan harapan bahawa BN tidak perlu diberi sebarang kerusi pada pilihanraya, yang boleh diadakan pada seawal bulan Jun ini.

Shaik Hussein berkata dengan sikap seperti ini, Pakatan Rakyat dijangka akan hanya memenangi jumlah kerusi yang lebih kecil berbanding pada pilihan raya Mac 2008.

"Lim tidak seharusnya terlalu angkuh dan bongkak dengan menjangkakan rakyat Pulau Pinang, terutama golongan profesional, dari semua kaum, akan terus menyokong DAP dengan majoriti dua pertiga, kerana terdapat banyak kekeliruan dalam hal pembangunan di sini.

"Ia adalah jelas bahawa Lim hanya seorang jaguh kampung semata-mata kerana beliau berjaya menipu penduduk kampung, terutama masyarakat Cina, dengan memainkan sentimen perkauman," katanya dalam satu kenyataan.

Pakatan Rakyat kini memegang 29 kerusi di Pulau Pinang, berbanding 11 yang dipegang oleh Umno/BN.

Shaik Hussein juga mendakwa Lim berjaya meruntuhkan semangat perpaduan yang telah sekian lama tersemai di kalangan rakyat Pulau Pinang sebelum 2008.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Nak tanya OKU di pulau pinang tu , siapa sebenarnya yang sombong , angkuh dan selalu mencetuskan isu2 perkauman ? Jawapannya tak lain tak bukan UMNO dulu kini dan selamanya. Zaman kini , adalah zaman globalisasi dan maklumat dihujung jari, yang mana segala sifat2 jakun dan tak bertamaddun telah ditunjukkan oleh Orang Kuat Umno ( OKU ) selepas sekelian rakyat maukan perubahan didalam pemerintahan.Sifat2 samseng di serata ceramah PR dan Himpunan Hijau telah jelas menampakkan kesamsengan dan tidak menghormati rakyat malaysia yang lain. Pikir2 kan lah.