By admin On 20:00 | Categorized As , , | With 0 comments
Kerajaan Negeri Selangor telah membeli sebanyak 50 buah trak penyendat untuk disewakan kepada kontraktor bagi menyelesaikan isu kutipan sampah yang berlaku di tiga kawasan majlis perbandarannya – Petaling Jaya, Subang Jaya dan Selayang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, jentera yang akan tiba pada April itu diharapkan mampu membantu kontraktor yang tidak mempunyai mesin tersebut untuk menjalankan tugas mengutip sampah.

"Kerajaan Negeri membeli dalam 50 buah kompektor secara berperingkat bagi membantu mereka kerana jika mereka sewa di luar, harga paling tinggi yang pernah saya dengar mencecah RM16,000 sebulan.

"Jadi diharap, dengan pembelian ini dapat membantu kontraktor membuat kerja," katanya pada sidang media di bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor semalam.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sukiman dan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin Aala.

Sejak Pakatan memerintah negeri Selangor, masalah sampah sering dibangkitkan oleh rakyat. Masalah ini dikatakan bermula ketika kerajaan Selangor menamatkan kontrak perkhidmatan Alam Flora Sdn Bhd dari menguruskan perhidmatan pengutipan dan pembuangan sampah di negeri tersebut.

Kini setelah 3 tahun memerintah negeri, semakin banyak rungutan yang diterima dari masyarakat setempat seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati. Jika ini berterusan, usaha kerajaan Pakatan di Selangor untuk mempertahankan negeri pastinya sukar.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: