By admin On 21:05 | Categorized As , | With 0 comments
Satu perkara yang perlu anda ketahui ialah, dunia sedang belajar untuk memanfaatkan kuasa alam bagi memerangi amaran Global Warming. Pilihan terbaik setakat ini ialah, Industri solar dalam revolusi tenaga bersih.

Tapi tahukah anda khususnya rakyat di Batu Kawan P.Pinang, panel solar yang diletakkan diatas bumbung rumah anda sebenarnya adalah buruk kepada kesihatan anda. Benar ianya menjimatkan bil dan mampu mengekalkan alam sekitar dengan selamat, tapi berbaloikah merisikokan kehidupan anda sekeluarga?

Secara ringkasnya, anda mungkin tidak tahu akan kebenaran tentang bahaya kesihatan yang dikaitkan dengan panel solar. Ya, panel solar di atas bumbung anda mungkin tidak akan membunuh anda.

Tetapi proses pembuatan panel solar tersebut, mempunyai bahan kimia berbahaya dan bahan-bahan toksik yang menyebabkan beberapa masalah kesihatan utama.

Setakat ini, 50 kanser yang berbeza-bahan kimia dikenalpasti ada pada pekerja di kilang yang mengeluarkan panel solar. Bahan kimia ini, termasuk kadmium dan arsenik telah menjadikan pekerja dalam industri membuat dan melupuskan panel solar berada pada risiko paling tinggi.

Satu perkara lagi yang anda patut tahu, bahan kimia dan toksin yang ada pada panel solar mampu kekal sehingga 15 hingga 25 tahun biarpun diletakkan di tempat pembuangan sampah. Ini bukan saja akan mengancam kehidupan manusia, bahkan ia mampu merosakkan alam sekitar.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pada Jun 2006, bahawa hampir satu perempat daripada semua penyakit adalah hasil pendedahan secara terus daripada pendedahan kepada toksin.

Jika kilang pemasangan panel solar dibenarkan wujud di Batu Kawan P.Pinang oleh Lim Guan Eng dan para kroninya, ia bermakna mereka sengaja mahu 'meracun rakyat'.

Adakah anda mahu bersekongkol dengan golongan rakus itu melakukan kemusnahan secara serius alam sekitar serta meracun generasi manusia masa depan hanya dengan mementingkan keuntungan sementara?

Tidakkah Lim Guan Eng dan kawan-kawannya sedar betapa bahaya panel solar kepada penduduk negeri P.Pinang dan juga masyarakat sekitar Batu Kawan?

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: