By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 3 comments
Pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat kerana bertindak memalukan negara menerusi pelbagai tindakan dan isu, kata seorang wakil rakyat Bebas.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ketiga-tiga pemimpin utama PR iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang perlu perlu mencontohi sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertindak memohon maaf kepada seluruh rakyat di atas kepincangan yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Katanya, Perdana Menteri telah memohon maaf atas kepincangan lampau BN tetapi pastinya rakyat juga tertanya-tanya sekiranya pemimpin-pemimpin pembangkang akan menuruti langkah Najib.

“Saya rasa pemimpin veteran DAP yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana peranan mereka dalam mencetuskan peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969.

“Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus meminta maaf secara terbuka kerana mengkafirkan pemimpin, ahli serta penyokong Umno menerusi Amanat Haji Hadi yang kini nyata telah memakan diri sendiri.

“Malah video seks seorang pemimpin pembangkang kini tersebar luas di Indonesia, Jepun, India dan beberapa negara serantau.

Saya mendesak agar pemimpin pembangkang ini memohon maaf secara terbuka kerana memalukan rakyat dan negara Malaysia di mata dunia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kelmarin.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

katak ni pun kena minta maaf sebab khianat kpd pengundi yg undi dia dlm pru lepas. sus ah kalau dah jadi katak, kena pula katak bangang yg nak mengampu, bila masa najib minta maaf kat seluruh rakyat malaysia, dia cuma minta maaf kat selangor ngan kedah je. tu pun umno lain tak minta maaf sama pun.

Hangbuah said...

Muak aku politik melayu. Buat salah minta maaf, buat salah minta maaf..rakyat jugak kena lembukan.

Anonymous said...

kau dua orang pun sama je umi dan yusuf nama kau orang macam baik2 je tapi mulut kau orang hanya allah yg tahu..kau dua orang ni ada agama tak? kalau kau org islam kau tak akan mengeluarkan kata2 tersebut pada sesama islam..dah terang kau dua orang tak mengaji agama ..hei kau dua orang pergi tanya ustaz lah..apa hukum memaki seranah orang...hai kesian org melayu zaman sekarang...