By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 2 comments
Koordinator Jingga 13, Faris Musa telah mempertikaikan sama ada minuman arak dihidangkan sewaktu sambutan Majlis harijadi Perdana Menteri, DS Najib Razak.

Sambil berkata terdapat 5 gelen air yang disyaki sebagai arak, Faris juga mempersoalkan adakah minuman 'misteri' berkenaan dihidangkan kepada tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

Menurut beliau lagi, kebiasaanya hidangan untuk buffet dipakejkan sekali dengan minuman. Dan itu memungkinkan arak menjadi sebahagian dari menu untuk dihidangkan kepada para tetamu.

“Persoalannya mengapa 5 gelen air itu diasingkan dari hidangan buffet untuk tetamu? Adakah air 5 gelen itu air arak yang dihidang untuk tetamu dalam majlis harijadi Najib?” soal Faris.

“Kita menuntut Najib tampil memberi penjelasan adakah benar arak turut dihidang dalam majlis harijadinya,” kata beliau kepada media.

Sebelum ini, Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli juga mendakwa Najib menggunakan wang rakyat didalam majlis pertunangan anak perempuannya.

Malangnya, dakwaan Rafizi terbukti tak berasas selepas pihak Hotel terbabit sendiri tampil bagi menolak dakwaan tersebut.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Koordinator Jingga 13, Faris Musa yg kata ada arak ... tunjukkan lah bukti !!!

Yg pasti PM akan kata tak de arak ... lepas tu kata PM bohong lak ?

Bila kita kata ... kita kena buktikan ... jika tiada bukti namanya FITNAH.

ALLAH KNOWS BEST.

Anonymous said...

Apa bendee laa bg ISU niiii..x dak isu lain kaaa....org dah thuu dahh strategii PKR....hanya unttuk memburukkan IMEJ PM...menanam kebenciannn...berentii lerrr...x termakannn....