By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 1 comments
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam telah mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin agar membidas tindakan Tun Dr Mahathir yang menulis surat kepada tiga Perdana Menteri Israel.

Khairy juga dicabar untuk bertanyakan pendirian Hamas terhadap Anwar. Kata Anwar, Khairy boleh menghubungi Khalid Mashaal untuk mendapat kepastian pendirian Anwar tentang isu Palestin.

“Saya tidak pernah sepanjang menjadi Ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia & Sukan menulis surat kepada mana-mana Perdana Menyeri Israel."

“Dalam sejarah politik Umno, saya adalah Pemuda Umno pertama yang mengadakan demonstrasi menentang Israel. Lebih awal lagi pada tahun 1973 juga diadakan bantahan, iaitu ketika perang Arab -Israel,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian dalam ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, kelmarin.

Ketua Pembangkang itu sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak menyokong negara Israel sebaliknya mendakwa kerajaan Barisan Nasional yang selama ini berkerjasama dengan negara regim zionis tersebut.

“Yang berniaga dengan Israel, yang berkawan dengan tauke Yahudi, yang pertahan Apco, yang sokong kenyataan Perdana Menteri yang menulis surat kepada PM Israel – apa pendirian mereka?"

“Mereka setiap malam serang kita. tapi adakah mereka berani siar satu minit penjelasan kita?” tegas Anwar. - UtaraNews

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

dia ni mmg dah gila. langsung cam budak2 tadika bergaduh. tak ada kualiti langsung