By admin On 20:00 | Categorized As , , , | With 9 comments
Insiden orang kampung secara beramai-ramai menyerbu dan membuat kecoh di Balai Polis Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini benar-benar menganggu emosi dan fikiran seluruh rakyat Malaysia kerana ia membawa satu teladan yang tidak baik malah berbahaya kepada keamanan negara.

Biar saya katakan mengapa.

Pertama, ia seolah-olah menunjukkan bahawa ibu bapa dan orang kampung lebih terdorong untuk mempertahankan tindak tanduk anak-anak mereka yang merempit daripada memikirkan soal keselamatan mereka.

Kedua, tindakan tersebut seperti menghantar isyarat yang tidak betul kepada seluruh negara bahawa anarki boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun ke atas balai polis serta penguatkuasa undang-undang.

Sementara kita semua tidak setuju (jika benar) dengan cara dua orang anggota polis itu cuba menahan remaja-remaja berkenaan daripada merempit iaitu dengan membaling helmet ke arah mereka sehingga dikatakan menjadi punca mereka terjatuh tetapi pada masa yng sama negara ini tidak juga boleh membenarkan orang awam mengambil hukuman di tangan sendiri.

Oleh yang demikian, tindakan polis menasihati orang awam supaya tidak mengambil undang-undang di tangan mereka sendiri berikutan insiden yang menyaksikan lebih 100 orang kampung menyerbu ke Balai Polis Teluk Bahang itu kerana memprotes tindakan seorang pegawai polis yang menyebabkan anak mereka terjatuh dari motosikal selepas dikatakan merempit adalah satu tindakan yang tepat.

Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Komisioner Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang termasuklah ke atas mereka yang membuat kecoh atau pegawai polis yang tidak mengikut peraturan standard ketika bertugas.

Orang kampung yang tidak berpuashati sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk mengadu. Mereka mempunyai ketua kampung dan juga wakil rakyat untuk diketengahkan isu ini agar ia boleh dibawa ke pengetahuan pihak atasan. Bukan dengan menyerbu dan membuat kacau serta kerosakan di balai polis.

Malah tindakan mereka itu hanya akan menjejaskan perkhidmatan anggota keselamatan untuk mengawal keselamatan kampung dan juga daerah mereka daripada sebarang ancaman jenayah dan juga keselamatan.

Masalah besar yang berhadapan dengan sebahagian besar rakyat Malaysia ialah kita kekurangan daya sabar. Dan ini tidak baik untuk masa depan masyarakat dan juga negara kita.

Oleh ABD HAMID ABD KADIR, Georgetown, P.Pinang

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

9 comments:

Anonymous said...

lain kali heret sama mak bapak pi mahkamah....
saman n jail....
baru padan muka...
gantung lesen seumur idup.

Anonymous said...

terlampau manjakn anak ni le jdny...
kene sembelih dgn ank sendiri baru tw...

Anonymous said...

Ini semua kerana mereka dapat pelajaran drp penunjuk2 perasaan yg lalu......yg menghalal sex bebas.....silaka punya org..

Anonymous said...

Mak bapak yg benarkan anak2 meremPit pun patut masuk jail. FULLSTOP!

pbmmnn said...

mak bapak dulu mat dan minah rempit, apa nak buat...so bila anak merempit jadi penyakit keturunanlah tu...anak dah nak mampus nak serbu balai polis, masa anak2 menyetan tak larang pulak

Anonymous said...

kalau kau nak tau macamana perangai separuh rakyat malaysia ni meh kojo polis ...baru tau...t/bahang biasa lah banyak mat gian dan geng tigo line.

Anonymous said...

bila bantuan datang kenapa kau lari....tunggu lah kalau nak kna.

Anonymous said...

senang tanya hangpa ingat mat rempit tu boleh berenti ka kalau polis suruh maaf saja la,aku berani cakap pasai dlm keluarga aku pun ada cam tu mak bapa cakap pun tak dengaq ala setakat polis lu apa hal dia cakap,aci kerat kuku la polis tu sahih tak tahan dah,t bahang tu sarang segala macam sarang tapi tak leh wat apa sebab mak bapa depa lindung yg jahat org yg tangkap depa

Didi Penang said...

Polis mempunyai hak untuk menguatkuasa cara mereka.. Dkt Malaysia ni apa yg polis buat semua salah.. Kalau dh merempit tuh dh mmg salah.. So salah lh Pastuh dh mamat tuh lari.. Then xdpt tgkap.. Baling jer lah kayu or helmet kat motor tuh.. Abes yang mat rempit langgar polis mati.. Xda plak orang nk protect.. Self thinking... Jangan jadi bodoh sombong... Sekarang kat seaplane pun cokgu2 dh dh boleh nak marah budak2 even rotan sbb mak bapak sayang in Anak... So Anak salah tetap tak salah.. Bodoh!!!