By admin On 08:18 | Categorized As , , | With 6 comments

Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim berkata beliau langsung tidak gentar dengan kejadian di Sembrong, Johor pada Ahad lalu.

Menceritakan pengalaman di mana keretanya diserang kepada kira-kira 1,000 hadirin dalam satu lagi ceramah di Gombak Setia malam semalam, ketua umum PKR itu berkata kerajaan, khususnya Umno tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat.

Menurut Anwar, beliau tiba di Sembrong kira-kira jam 11:30 malam dari Endau.

"Apabila saya berada di Semborong, kereta saya diserang dan ditendang, cermin hadapan dipecahkan oleh sekumpulan anak-anak muda.

"Terdapat polis di kawasan sekitar tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengawal keadaan. Malah semasa saya menyampaikan ucapan, mereka membaling mercun," katanya.

Anak-anak muda ini, dakwa Anwar, telah dibayar oleh Umno untuk menimbulkan kekacauan dan masalah.

"Mereka dibayar RM20 untuk menimbulkan kekacauan... inilah mentaliti belia kita yang telah rosakkan di tangan Umno.

"Jika masih ada sisa-sisa Umno di dalam diri kamu, buangkannya, sila berhenti, kerana ini memalukan bagi diri kita.

Anwar juga berkata, rakyat tidak harus diperbodohkan atau diperdayakan oleh parti itu. Sambil memetik senikata lagu Umno, beliau kemudian mendendangkan lagu itu: " Lambang kita yang gagah” sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Dalam nada lebih serius, Umno, kata Anwar, boleh mengupah samseng untuk menganggu majlis Pakatan ataupun membidas dan memburuk-burukkan beliau dalam media, tetapi katanya, beliau tetap tidak gentar dan tdak akan bertolak ansur.

Pada kejadian malam Sabtu lalu, selain kereta Anwar dipecahkan, kira-kira 50 hingga 80 anak muda yang bermotosikal menggangu ceramah Pakatan di Sembrong dengan membuat bising serta merempit di kawasan sekitar.

Kejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Isnin lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

6 comments:

otaklunyai said...

amno laknatullah... semoga Allah melaknat amno dan penyokong2nya yg sesat lagi menyesatkan... AMIN YARABBAL ALAMIN..

Anonymous said...

Anada semua yakin itu upahan UMNO? Kenapa kita tak cakap mereka adalah org2 PKR sendiri yang diupah utk memburukkan UMNO. Itulah politik. dua2 sama je...macam budak kecik, saling menuding jari. Kita yang mendengar atau membaca penulisan seperti ini jangan cepat percaya. Siasat, dapatkan fakta yang jelas dari sumber yang sahih dan tidak memihak. Jangan menempah diri jadi penghuni neraka seperti kedua2 ahli politik yang sedang bertelingkah ini. Jadilah Melayu yang bijak.

Anonymous said...

Setakat RM20 sape nak buat kacau mcm tu. Ni mesti atas kerelaan hati penduduk2 yang tak mahu lagi diperbodohkan oleh bapak gay malaysia. Pada penyokong2 Gay tua ni, bawak2 la insaf.

worldLORD said...

ANUwar mampu bayar RM 200...duit yahudi ...tu pasal dia berani cakap...sula bontot baru tahu...

Anonymous said...

barua yahudi ni dah biasa upah org sbb tu lidahnya sedap2 kata orang upah untuk tunjuk dia tu baik sangat..kamu lg laknat punya olang..woii..10 juta sorang tu penangan sape? nak jd pm rasuah org 10 juta..nasib baik cina tu tak hitam hatinya mcm kamu..tak serah 300 juta..semata2 nak bg kamu jd pm..kamu satu bab brdusta menjarah duit rakyat..mb selangor lg teruk juga berbilion bgi projek kat i city nak cover hutang dia..ni citer bagus ke? hai bangsaku yg cerdik2 ni, fikirkanlah...jngn dibodoh2 lgi dah berbelas tahun..depa kaya kamu yg sokong dpt kayap otak kut..sbb tak boleh fikir yg batil & yg benar..

Anonymous said...

aku suka bila orang melayu bersatu menentang kempen ceramah siAnugerah ni..alhamdulillah...bukan ape..ceramahnya asyik nak membohong aje..mampus ko anwar