By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikecam hebat ekoran sokongannya terhadap keselamatan Israel perlu memberi penjelasan kepada Majlis Syura Ulama Pas dan bukannya bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara peribadi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana kata dua supaya menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan menyaman The Wall Street Journal diputuskan Majlis Syura Ulama, manakala Nik Abdul Aziz hanya menyampaikan desakan itu.

“Anwar perlu memberi penjelasan kepada Majlis Syura Ulama, bukan jumpa Nik Abdul Aziz secara peribadi kerana yang membuat desakan dan memberi kata dua kepada Anwar adalah Majlis Syura Ulama. Nik Abdul Aziz hanya menyampaikan sahaja desakan tersebut.

“Sebab ini bukan suara Nik Abdul Aziz, kata dua ini adalah desakan Pas, sebab itu kita lihat Mursyidul Am Pas banyak berdiam diri dan hanya bersuara selepas Majlis Syura Ulama membuat pendirian,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas pertemuan Anwar dengan Menteri Besar Kelantan itu yang dijangka berlangsung hari ini, selepas ketua pembangkang memberitahu beliau akan menjelaskan erti sebenar sokongannya terhadap keselamatan Israel kepada Nik Abdul Aziz.

Mohd. Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menambah, beliau faham mengapa Anwar memilih bertemu Nik Abdul Aziz secara peribadi berbanding memberi penjelasan kepada Majlis Syura Ulama, kerana Mursyidul Am Pas itu lebih senang untuk dipengaruhi.

“Ini kerana Nik Abdul Aziz ulama politik berbanding Majlis Syura Ulama yang saya lihat lebih tegas dalam soal agama dan akidah, jadi tidak mustahil selepas pertemuan ini, Anwar menggangap isu Israel selesai dan kemudian menjadikan UMNO sebagai kambing hitam,” katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: