By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berdebat dengannya atas pelbagai topik yang boleh dipilih oleh Hishammuddin sendiri.

Cabaran tersebut dibuat sebagai mengulangi perancangan mereka untuk berdebat 12 tahun lalu, tetapi dibatalkan kemudiannya akibat dihalang oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mahfuz, kini keadaan telah berubah dan rakyat negara ini sudah mempunyai tahap kematangan yang tinggi sehingga pelbagai pihak sudah boleh menerima program debat dengan baik.

Katanya, jadi sekaranglah masa terbaik untuk meneruskan kembali debat antara beliau dan Hishammuddin itu setelah ia gagal dilangsungkan dulu walaupun telah dipersetujui pada peringkat awalnya.

"Dulu debat yang akan diadakan antara saya dan Datuk Hishammuddin itu atas kedudukan saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala Hishamuddin selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia.

"Sekarang saya bukan Ketua Dewan Pemuda PAS lagi dan Datuk Hishammuddin juga bukan Ketua Pemuda Umno lagi, tetapi sama-sama menjadi Naib Presiden parti, jadi debat itu mestilah antara saya dan Hishammuddin juga sebagai mengulangi rancangan debat yang tak jadi dulu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

"Sekiranya Hishammuddin mahu berdebat dengan saya, debat itu bolehlah diteruskan atas tajuk itu juga atau sebarang topik lain yang diingini oleh Hishamuddin sendiri."

"Terpulanglah kepada Datuk Hishamuddin untuk menentukan tajuknya. Saya hanya bersedia sahaja atas pelbagi topik, bila dan di mana-mana sekalipun," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dalam konteks sekarang, debat merupakan sesuatu yang penting kerana ia akan memberikan pelbagai maklumat kepada rakyat bagi membolehkan rakyat membuat penilaian yang betul mengenainya.

Selain itu, ia juga akan membolehkan rakyat menilai dengan lebih jauh mengenai pemimpin dan parti yang patut dipilih oleh mereka pada PRU Ke-13 akan datang.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

DENDAM SI BANGANG 12 TAHUN SUDAH TERHADAP BAPUK NI BERKUMANDANG SEKALI LAGI...

PEJUANG HAMAS...