By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Profesor Madya Ridhuan Tee Abdullah yang kecewa dengan pemimpin sekarang kerana tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri dengan ajaran Islam mempersoalkan bagaimana mereka mampu mentadbir negara jika rumah tangga sendiri tidak terurus.

“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian.

Tanpa merujuk sama ada tokoh berkenaan dari pihak kerajaan ataupun pembangkang, Ridhuan Tee, sebagai berkata mereka itu tidak boleh dijadikan sebagai model peranan atau ‘role model’ kepada generasi akan datang.

Walaupun tidak menyebut secara langsung, ulasan cendekiawan Islam itu dipercaya merujuk kepada isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Rzak, - Datin Seri Rosmah Mansor yang seringkali dibidas kerana tidak bertudung kepala meskipun pasangan itu telah menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

Ridhuan Tee juga semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 berkata “ada yang tidak kena” sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah. - MalaysiaKini.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: