By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 1 comments

KUALA TERENGANU - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita kerana kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran masih berlaku di beberapa daerah di negeri itu.

Baginda bertitah kejadian itu berlaku disebabkan tidak wujud persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi.

"Semua ini menyebabkan agama Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda, umat Islam dihina dan dipermainkan.

"Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin umat Islam di negeri ini,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering di sini hari ini.

Turut berangkat Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua’az. Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. - BERNAMA

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

siti said...

spatutnya perkara mcm ni xpatut berlaku