By admin On 20:00 | Categorized As , , , | With 0 comments

GEORGETOWN - Seorang pemimpin Gerakan Pulau Pinang hari ini membidas hasrat bekas ketua cabang PKR Bukit Gelugor Lim Boo Chang yang ingin menyertai semula parti itu.

Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh berkata, Boo Chang tidak patut diterima menyertai semula parti itu selepas beliau bertindak keluar parti dan menyertai beberapa parti lain sebelum ini.

"Kenapa beliau mahu menyertai semula Gerakan? Ada udang di sebalik batu?” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Baljit berkata, Boo Chang telah mengkhianati parti itu dengan menyertai MCA pada tahun 1999 dan ketika itu Gerakan hampir kehilangan kerusi ketua menteri berikutan tindakannya itu. - BERNAMA

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: