By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 0 comments

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan elaun Pegawai Penyelia Masjid Daerah (PPMD) daripada RM1,210 kepada RM1,810 bermula tahun depan.

Beliau berkata, serentak dengan itu, tuntutan elaun perjalanan PPMD juga dinaikkan kepada RM700 sebulan daripada RM500 sebelum ini.

"Memandangkan sekarang hanya terdapat 87 PPMD di seluruh negara, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menambah jawatan itu kepada seorang PPMD di setiap daerah di seluruh negara.

"Dengan ini, diharapkan semoga institusi masjid dan surau kita dapat diimarah serta terpelihara dengan sebaiknya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Ulama, Umarak dan Imam bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kelmarin.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha. - BERNAMA

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: