By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 0 comments

KUALA LUMPUR - Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd. Rafizi Ramli jika dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berunsur fitnah.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hasan Syed Ali berkata, begitu juga penjelasan yang dikeluarkan oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail yang boleh dinilai oleh pelbagai pihak mengikut tafsiran masing-masing.

"Adakah ia salah laku di pihak pengurusan atau ia adalah perkara biasa dilakukan oleh semua syarikat untuk mengambil kesempatan membuat untung sementara.

"Isu seorang pemimpin berkait dalam NFC adalah disebabkan keluarganya terlibat secara langsung sebenarnya tidak ada masalah jika projek itu berjaya.

"Siapa sahaja yang memerintah sudah pasti ada keluarga terbabit dalam perniagaan dan mereka juga berhak mendapat bantuan melainkan ada salah guna kuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas isu NFC yang didakwa pembangkang tidak terurus serta gagal mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan.

Syed Hasan berkata, Perkasa percaya kerajaan akan bertindak terhadap mana-mana pemimpin yang merosakkan kewibawaannya seperti mana tindakan ke atas beberapa pemimpin sebelum ini.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: