By admin On 20:00 | Categorized As , , | With 4 comments
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan pembangkang yang cuba mengambil kredit diatas usaha Perdana Menteri menyelaraskan gaji kakitangan awam, adalah sesuatu yang amat memalukan dan terlalu jijik.

Beliau berkata, tindakan tersebut merupakan cubaan pembangkang untuk meraih kepentingan politik atas keprihatinan kerajaan dan ia adalah satu perangai hipokrit terbesar kerana sebelum ini Pakatan sendiri yang mahu mengurangkan lebih 700,000 kakitangan awam.

"Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam tapi tengok bagaimana layanan mereka terhadap golongan tersebut di Selangor terutama dalam isu pemberian bonus?

"Hanya kakitangan syarikat milik kerajaan (GLC) Selangor sahaja diberi bonus, kakitangan awam negeri itu langsung tidak dipedulikan. Tetapi sekarang pembangkang mahu bercakap soal menjaga kebajikan penjawat awam," katanya dalam blog beliau.

Zulkifli juga menyifatkan Pakatan hanya tahu memutarbelitkan isu dan beliau percaya kakitangan awam tak akan termakan dengan politik kotor yang dibawa oleh Anwar dan juga pengikutnya.

"Kita tengok bagaimana kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah dihina apabila Kerajaan Kedah termasuk MB diletakkan dibawah JK Pemantauan parti politik PAS. Ini secara tidak langsung meletakkan seluruh jentera kakitangan awam Kerajaan Kedah dibawah telunjuk sebuah parti politik!"

"Maknanya seluruh jentera kakitangan awam Kedah terpaksa tunduk kepada kehendak dan nafsu politik kepartian PAS," ujar beliau.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

4 comments:

Anonymous said...

aku kakitangan kerajaan sokong PR ade faham zoolkolom

Anonymous said...

zuldin adalah anak haram

Anonymous said...

sekolah aje tinggi ..........tapi bodoh macam teloq

Anonymous said...

HEHEHE SEKURANG2NYA ZUL NIE BELAJAR SAMPAI JADI PEGUAM...DIA NIE PERNAH DUDUK DALAM MAJLIS TERTINGGI PAKATAN MAKA DIA LEBIH TAHU DARI ANON2 YG MENYOKONG PAKATAN TUE..