By admin On 16:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan mentadbir negeri ini tanpa sebarang kuasa mutlak kerana keputusan berkaitan kerajaan negeri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat.

Langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Kedah itu menyaksikan Menteri Besar kehilangan sebahagian kuasanya apabila pihak luar boleh campur tangan dalam membuat keputusan melalui jawatankuasa tersebut.

Lebih serius, sumber memberitahu, langkah itu dikhuatiri boleh menyebabkan Menteri Besar dilihat seolah-olah boneka dalam keputusan tertentu jika tidak dipersetujui oleh Exco-exco.

Penubuhan jawatankuasa itu adalah salah satu daripada tiga keputusan Pas Pusat hari ini bagi menyelesaikan kemelut Pas Kedah ekoran dua Exconya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh enggan menerima semula jawatan tersebut.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

kau ni sembang apa pak ucu...kalau tak reti nak sembang politik baik diam2..