By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 3 comments
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Samsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah bukti bahawa beliau terbabit dengan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).

Pengumuman perletakan jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat tersebut juga dianggap sebagai mengiyakan bahawa NFCorp menyalahgunakan dana yang dipinjam dari kerajaan.

“Perletakan jawatan Shahrizat sekaligus mengiyakan segala pendedahan KEADILAN yang gagal dijawab secara berfakta oleh beliau dan keluarganya."

“Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau,” kata Shamsul Iskandar.

“Ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN,” ujarnya.

Samsul menegaskan, pengunduran Shahrizat tersebut bukan bermakna ia menjadi penamat pendedahan skandal di NFCorp itu.

"Apa juga faktor yang menyebabkan beliau meletakkan jawatan, KEADILAN akan terus membongkar kepada rakyat tentang skandal ini." kata Ketua AMK itu.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

njah50 said...

Saya mendoakan agar perletakkan jawatan Sharizat memberi ketenangan kepada beliau. Sekiranya beliau difitnahkan oleh musuhnya kerana mendapatkan milage politik, saya doakan agar fitnah dan tuduhan yang tidak betul akan berbalik kepada orang yang melakukkanny. Manusia selalu lupa bahaw Allah maha mengetahui. Yang baik akan dibalas dengan baik dan sebaliknya, cuma kita mengunggu sahaj bila!

Anonymous said...

Aku pelik org2 PR nie. Diaorg nie ada keja ke tidak? Asyik sibuk sana sini, sapa bagi dia gaji untuk sara anak beranak? Aku tengok si Sam Ketot ni kehidupan boleh tahan..... Sapa bagi dia duit eekkkk..... Agaknye Anuwar bagi kot.. Itu pun lepas sua bontot kat dia seminggu sekali....

Anonymous said...

BUKAN KER PKR NIE BANYAK DAPAT SPONSOR?DARI SITULAH SUMBER PENDAPATAN MEREKA...PELIKNYA SENANG BETUL DIORANG DAPAT MAKLUMAT...SIAPA YANG BOCORKAN??