By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 0 comments
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menyaman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya. Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, saman ke atas dua pemimpin PAS itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini.

"Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) minggu lalu kata saya terima RM30 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), minggu ini saya akan saman dia.

"Bila Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) pula katakan saya dibiaya syarikat besar dan dia sudah namakan pun syarikat ini, saya akan saman dia juga minggu ini," katanya ketika ceramah Bicara Semasa: Bersatulah Umat Selamatkan Akidah, di Dewan Jubli Intan, di sini.

Mahfuz sebelum ini telah dipetik oleh sebuah laman portal sebagai mendakwa terdapat unit di bawah KBS yang menyumbang sebanyak RM30 juta bagi menaja siri ceramah Hasan di seluruh negara bagi menarik golongan muda memihak kepada kerajaan.

Sementara itu, Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga NGO yang diasaskan olehnya yang dinamakan Jati. - BERNAMA

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: