By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Pemecatannya sebagai anggota PAS akan menjadi sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kekalahan parti itu pada pilihan raya umum akan datang dakwa Bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali hari ini .

Isu pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan sokongan PAS menurun dengan drastik di samping dasar Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti tidak mementingkan sensitiviti agama Islam dan Isu Anwar yang menyokong Israel.

Dalam siri jelajah ceramah ke seluruh negara,respon dari ribuan yang hadir terutamanya ahli PAS sendiri telah memberi signal berlaku penolakan dari akar umbi parti.

Menurut Hasan Ali,kenyataan Dr Dzulkefli Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tentang kesediaan parti itu menerima bukan Islam sebagai timbalan presiden membuktikan dasar dan pendirian PAS sudah banyak berubah daripada landasan yang asal.

Dr Hasan Ali turut melahirkan keyakinan bahawa beliau mendapat sokongan yang cukup kuat berdasarkan ribuan yang hadir dalam setiap siri jelajah ceramah beliau.

Ceramah Jalur Tiga (JATI) yang kini dipimpinya mencatat kehadiran hampir 8,000 orang.Manakala di Pendang pula, tiga hari sebelum itu, katanya, kira-kira 15,000 orang hadir.

Sambutan diluar jangkaan ini amat luar biasa berbanding mana mana program yang dianjurkan oleh BN atau pun PAS.


Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: