By admin On 21:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Pas tidak perlu meminda perlembagaan untuk membolehkan individu bukan Islam memimpin parti itu, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, Pas sebagai parti yang berteraskan Islam tidak terikat dengan bangsa, malah bersedia menerima individu dari semua kaum untuk memimpin parti itu dengan syarat mereka mempunyai iman.

“Asalkan mereka beriman, boleh memimpin Pas, tidak kira bangsa apa pun, Islam untuk semua,” katanya ketika ditemui selepas menyampai kuliah khas sempena Tahun Melawat Kelantan di Dataran Ilmu di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pandangan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Zulkefly Ahmad bahawa Pas bersedia menerima bukan Islam sebagai timbalan presiden parti sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan Ikwanul Muslimin dari Mesir.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan cadangan untuk membenarkan bukan Islam memimpin parti itu tidak betul kerana Pas sendiri dilahirkan untuk perjuangkan Islam.

“Bangsa ini sama sahaja, Melayu, Cina Arab, tetapi kalau bukan Islam macam nak pimpin Islam, Begitu juga adakah boleh orang komunis nak pimpin demokrasi, apalagi Islam yang jauh lagi besar, campur dunia dan akhirat,”katanya.

Dalam pada itu ditanya kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan Pas melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai pemimpinnya, Nik Aziz berkata “Itu bukan orang politik, tidak sepatutnya bercakap macam itu.”

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

“Itu bukan orang politik, tidak sepatutnya bercakap macam itu,” kata Nik Aziz. Orang tua kutuk ni fikir Tun Mahathir tu siapa? Doktor gigi ke? Sukahati je tua kutuk ni nak kata apa. Tua kutuk ni cakap pakai akai ka pakai jubuq?