By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 8 comments
Permintaan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menggesa supaya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz mengundur diri daripada menjadi Menteri Besar Kelantan adalah tidak masuk akal.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, kenyataan itu menunjukkan Perkasa mahupun Barisan Nasional (BN) takut dengan kekuatan yang ada pada Nik Aziz.

Katanya, Nik Aziz mempunyai kekuatan yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa, malah rakyat di Kelantan sendiri mahukan beliau terus mentadbir di negeri itu.

“Pihak lain tidak perlu masuk campur dan menyuruh beliau (Nik Aziz) undur daripada menjadi Menteri Besar Kelantan, sedangkan itu adalah keputusan rakyat.

“Rakyat yang memilih dan memberi hak kepadanya mentadbir, orang lain tidak perlu bersusah payah memikir menjatuhkannya,” katanya.

Menurutnya, beliau yakin Ibrahim membuat kenyataan itu kerana bimbang kedudukannya dan takut dengan kelebihan yang dimiliki Nik Aziz bagi memastikan Pas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Sepanjang Nik Aziz memerintah di Kelantan, banyak kemajuan dan pembangunan di lakukan.

“Malah banyak material pembangunan, hotel besar, pasar raya besar mula membangun di negeri tersebut.

“Kita perlu hormati keputusan rakyat, kerana rakyatlah yang akan menentukan masa depan negeri mereka sendiri, bukannya Ibrahim, mahu pun pihak lain,” katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

8 comments:

Anonymous said...

nik aziz memang kuat sebab dia berkawan dengan syaitan.dia sentiasa dibantu oleh syaitan untuk memusnahkan islam dan menaikkan kafir harbi dap serta anwar aljuburi laknatullah

GotYou! said...

Kekuatan apa? Kekuatan mengauta dan memutar belitkan hukum sehingga para pengkut keliru? Orang suntuk akal saja yg akan jumud dan mudah terpedaya!

Pengundi Muda Tendong said...

Mana logiknya nak suruh Tok Guru letak jawatan selagi Umno gagal menewaskan Pas? Desakkan Brahim Al-kataki sekadar suara desprado yang cuba menanam saham di mata Umno Kelantan.

Usahlah nak berlaku onar wahai Brahim Al-Kataki,nasib untung diri kamu di Pasir Mas sudah diperhitungkan awal oleh pengundi di sini termasuk AKU !

Anonymous said...

yo la....taufiq nie yg nk kono jgo2...dio x buek apo2 pon kek PAROI....

Ahmad Shukri Mokhtar said...

kah kah kah,. Ada aura yer? Aura najis mughalazah..

arif said...

Daripada Abdullah bin Amr bin ash' ra berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :" Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai peminpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." agak yg mana satu kita ni ye, buat muhasabah. Btw ni hadis riwayat muslim:-)

Anonymous said...

depa tu nak jugak nik najis tu berundur..tapi malu malu taik..

Anonymous said...

cuba ikhklaskan hati sendiri, nik ajis dah terlalu tua, kekadang mcm org nyanyuk, pemikirannya sudah terlalu tua utk mencerna maklumat dan permasalahan yg berlaku di sekelilingnya.badanpun selalu sakit2. nak turun laju2 jumpa rakyatpun dah tak larat.apabila mcm tu, kekadang kesempatan itu diambil olh org2 di sekelilingnya. kelantan memerlukan seorg ketua negeri yg kuat fizikal dan mentalnya. org lain yg juga bertaraf ulama ilmunya masih ramai dalam pas kelantan. sepatutnya hal ini dimuzakarahkan sebaiknya. cara taufek di atas bercakap mcm nak bodek je, tak nampak keikhlasannya. pembangunan fizikal di kelantan itu hanya di peringkat minima berbanding 20 tahun lebih pentadbirannya, itupun dipunyai oleh swasta akibat menjual aset kerajaan negeri. urus tadbirnya amat lemah, jgn hendak dinafikanlah.