By admin On 11:00 | Categorized As , , , | With 4 comments
Terdapat satu kekurangan yang diperhatikan dalam ceramah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di negeri kelahirannya sejak akhir-akhir ini. Ramai yang bersetuju, ceramah Anwar di P.Pinang semakin kurang mendapat sambutan dari rakyat.

Yang terkini di Litle India, dilaporkan hanya 100 orang sahaja hadir di program Anwar Ibrahim. Itupun dikatakan terdiri daripada pengiring dan juga petugas parti.

Melihatkan keadaan terbaru ini, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa terdapat usaha mensabotaj yang dilakukan oleh pihak lawan terhadap program Anwar. Mereka juga mengesyaki terdapat arahan supaya penduduk setempat memulaukan majlis tersebut.

Pemimpin DAP yang juga merupakan Anggota Majlis negeri, L Anand dalam satu kenyataan kepada media bersetuju bahawa sambutan yang diterima oleh Anwar amat hambar terutamanya dari peniaga yang ada di Litle India.

"Ini tidak adil kerana peniaga sepatutnya bersikap neutral," katanya sewaktu ditemubual.

Dalam lawatan dua harinya, Anwar menghadiri pelbagai program, antaranya majlis makan malam kutipan derma di Bayan Baru, ceramah di Tasek Gelugor dan menyampaikan pidato mengenai demokrasi dan ekonomi bersama ketua menteri.

Ketika dihubungi, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Pulau Pinang N Vasantharajan menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang arahan berkaitan kepada peniaga.

Beliau mempertahan sikap dewan yang neutral dan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

4 comments:

Anonymous said...

masih lagi ada ramai yang nak isap sibengkok al juburi nie...
terpaksa berkasar sebab bangsat ni semua yg akan menjadi petualang jual kaum melayu di penang...

pejuang hamas...

Anonymous said...

bila lah agak nya bang non ni nak berhijrah ke israel muka xtahu malu;;;; berapa keping kulit babi d tampal kat muka dia

Anonymous said...

Merasa sedih dgn bahasa pejuang hamas celup, kalau ditujukan buat zionis wajar, buat saudara semuslim, apa sudah tabayyun, kalau bukan dosa fitnah pastilah dosa mengumpat. Berharap sgt tidak mencemarkan nama prajurit mulia barisan izzudin- al qassam, didikan as-syahid syaikh ahmad yasin, semoga Allah mengampuni kita semua

Anonymous said...

siakap senohong Gelama ikan duri, selalu bercakap bohong lama lama mencuri,