By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 1 comments
Anwar hari ini memberitahu media, Pakatan Rakyat akan berbincang mengenai isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai Kelantan akan mengadakan pilihan raya negeri serentak apabila pilihan raya umum ke-13 diumumkan.

Anwar juga membayangkan bahawa Pakatan akan memilih untuk mengadakan pilihanraya berasingan jika Perdana Menteri mahu mengadakan pilihanraya dalam tempoh terdekat.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Jumaat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan belia yang dianjurkan oleh Kelab Anwar Ibrahim di Ampang kelmarin.

Bagaimanapun Anwar berkata, soal pilihan raya serentak dibangkitkan sekiranya pilihan raya umum diadakan awal.

“Sekarang pilihan raya seolah-olah begitu hampir dan kami perlu membincangkan mengenainya pada Isnin,” kata Anwar.

Beliau mengakui terdapat perbezaan pendapat antara PKR, DAP dan PAS mengenai bilakan pilihan raya di negeri-negeri yang diterajui Pakatan.

“Nik Aziz telah menyatakan sebelum ini di mana ia merupakan pendirian Kelantan dan beliau telah menyebut mengenainya kepada saya ketika bertemu dengannya pada bulan lepas,”

"Saya akan berbincang dengan Tok Guru Isnin ini tentang perkara tersebut dan menjelaskan pendirian rakan-rakan lain didalam Pakatan Rakyat.." katanya.

Mengenai persiapan Pakatan terhadap pilihan raya, Anwar berkata, pembangkang kekal ‘bersedia dan berjaga-jaga’.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

teloq dah hilang la...
sebab tu tak nak buat ge13 sekali...

pejuang hamas...