By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Pihak polis digesa bertindak adil dan profesional dengan tidak memihak kepada parti dan pemimpin-pemimpin tertentu dalam menangani setiap kejadian dalam masyarakat.

Suasana dalam masyarakat kita sekarang amat merbahaya kerana pihak yang berlawan dengan Pakatan Rakyat ternyata cenderung menggunakan tindakan-tindakan provokatif yang melampau, sehingga mengancam nyawa para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, perkembangan yang tidak sihat itu jika tidak ditangani dengan baik dari sekarang pasti akan lebih menyukarkan lagi pihak polis untuk menanganinya pada masa akan datang.

Menurutnya, kesemua kejadian yang berlaku itu pasti telah diketahui oleh pihak polis kerana ia telah dilaporkan oleh pihak-pihak berkenaan untuk tindakan pihak berkuasa.

Katanya, namun sehingga kini masih juga tidak terdapat tindakan yang sewajarnya dari pihak polis dengan menangkap dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

"Pada hal, kesemua insiden itu amat serius. Contohnya pada 3 Februari lalu, dua buah kereta dan rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad telah dibakar yang jelas bukan sahaja memusnahkan harta benda, tetapi juga mengancam nyawa Dzulkefly dan keluarganya.

"Apakah mekanism polis untuk menyiasat dan menyelesaikan kes itu? Apakah pihak polis tak tahu kecenderungan penggunaan provokatif yang melampau dari pihak yang terbabit itu dalam hal ini?" katanya di Harakahdaily.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Ahmad Shukri Mokhtar said...

kebakaran itu membuktikan ahli pas ini mempunyai kekayaan, tetapi dtg dari sumber yg haram.