By admin On 11:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Skandal penyelewengan syarikat National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki oleh ahli keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, kini masih lagi didalam siasatan pihak Polis Di Raja Malaysia.

Walaupun pihak Polis telah membuat pengesahan siasatan yang dijalankan sudah 80 peratus selesai, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini menggesa PDRM supaya mengumumkan perkembangan terbaru membabitkan penyelewengan tersebut.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli didalam satu kenyataannya kepada media rasmi KEADILAN mendesak hasil siasatan terkini didedahkan kepada umum.

"Polis perlu beri maklumat samada siasatan masih berjalan, sudah memasuki peringkat akhir, atau kertas siasatan sudah diserahkan kepada Peguam Negara."

"Sampai sekarang saya pun belum dengar apa-apa berita dari polis sedangkan saya sudah serahkan semua bukti kepada polis."

Pada 19 Januari lalu, Jabatan Peguam Negara memaklumkan telah memulangkan semula kertas siasatan skandal syarikat berkenaan dan mengarahkan pihak polis meneruskan siasatan serta mengemukakan laporan terperinci.

Syarikat NFC telah mencuri perhatian umum setelah menggunakan pinjaman mudah kerajaan untuk membeli dua unit kondonomium di Bangsar, tiga unit kondonminium di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta mewah.

Semua harta berkenaan diletakkan di bawah nama suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga Pengerusi NFC dan anak-anak mereka.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: