By admin On 08:00 | Categorized As , , , | With 0 comments

Datuk Zainal Abidin Osman hari ini mendesak Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng supaya mengotakan janjinya untuk bersara dari dari kancah politik, sekaligus meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri di negeri ini.

Zainal yang juga merupakan Pengerusi Umno negeri berkata demikian didalam satu sidang media bagi membuktikan bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara sebenarnya dilakukan secara rundingan terus dan bukannya secara tender terbuka.

Zainal juga memberitahu pihak media bahawa Umno P.Pinang mempunyai beberapa bukti tentang tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu yang dijual oleh kerajaan negeri dengan harga RM1.1 billion secara rundingan kepada Ivory Group.

"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya.

Beliau juga mendedahkan yang hanya dua buah syarikat sahaja yang menyertai tender tersebut.

"Dalam erti kata sebenar, tender terbuka untuk pembelian tanah ini tak berlaku kerana hanya dua buah syarikat sahaja yang menyerta tender tersebut. Mengapa kerajaan negeri tidak mempamerkan nama syarikat dan juga harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender ditutup?"

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini telah mencabar Zainal dan Umno negeri untuk membuktikan dakwaan bahawa tanah di Bayan Mutiara dijual secara rundingan dan bukannya secara tender terbuka.

Dan jika Zainal dan Umno negeri dapat membuktikan dakwaan tersebut, Lim Guan Eng berkata beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri P.Pinang. - UtaraNews

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: