By admin On 20:30 | Categorized As , , | With 1 comments

PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai, Kedah.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan.

Mohd Nasaie berkata beliau difahamkan Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

“Beliau bagi mesin rumput, pam racun… Hasil negeri Wilayah Persekutuan diberikan kepada penduduk miskin di negeri itu contohnya untuk penduduk setinggan, penduduk PPR, tetapi ambil pergi ke Jerai,” kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Nasaie Ismail.

Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden PAS berkata pihaknya menyedari perkara ini berlaku pada tahun lalu, dan tidak pasti sama ada ia pernah berlaku sebelum itu.

“Kita sedar sejak 2011, sekurang-kurang lima program bawah menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat menentukan berapa jumlah yang digunakan oleh Jamil.

Menurut Nasaiei, beliau juga menerima laporan daripada penduduk dan pengundi Jerai bahawa hal ini “sudah masyhur” di kawasan Jerai dan kawasan sekitarnya seperti Yan dan Guar Chempedak.

Pada November tahun lalu, Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut mendedahkan tindakan Jamil menyalahgunakan dana Yayasan Taqwa.

Berdasarkan satu surat, katanya, menteri itu didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.

Sementara itu, Semakan dalam laman web Yayasan Taqwa mendapati, selain bantuan diagihkan kepada penduduk luar wilayah persekutuan, pemimpin Umno turut dijemput merasmikan dan menyampaikan bantuan dalam program anjuran yayasan itu.

Antaranya, program dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Bukit Katil, Melaka pada Jun lalu untuk memberikan bantuan kepada anak yatim berjumlah RM80,300.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam merangkap ADUN Bukit Baru, Melaka.

Selain itu, Yayasan Taqwa turut mengajurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan (SRA) 2011 peringkat Negeri Sembilan di Dewan Institut Tahfiz Al-Quran, Gemencheh dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tampin.

Majlis itu dirasmikan oleh ADUN Gemencheh, Dato’ Mohd Kamil Abd Aziz pada 23 Julai tahun lalu.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Inilah sikap org yg busuk hatinya!!!

Org islam nak menolong org islam yg lain pun nak di jadikan isu!!!

mentaliti org PAS memang busuk !!!

Inilah akibat terlalu kasub hinggakan Allah dah tutup hati mereka dan butakan mata mereka...

Semoga Allah beri mereka Hidayat!!! Amin..