By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 3 comments

Ulama Pas perlu mentarbiah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keengganan Nik Abdul Aziz menyatakan pendirian berhubung sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian.

"Dia sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah.

"Nik Abdul Aziz sudah banyak menyeleweng, maka perlu ulama dalam Pas sendiri membawa beliau kembali ke pangkal jalan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Puad mengulas sikap 'pak turut' Mursyidul Am Pas itu yang dilihat mempertahankan kenyataan Anwar menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel di dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) akhir bulan lalu.

Menurutnya, sebagai pemimpin parti yang memperjuangkan Islam, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya berdolak-dalih berhubung isu yang telah mengguris hati umat Islam dan imej negara yang konsisten menentang kezaliman Zionis.

"Dia buat andaian kononnya media memutar belit kenyataan Anwar tetapi Anwar sendiri tidak menafikan kenyataan yang beliau buat dalam WSJ.

"Tak perlu buat kenyataan berhelah, boleh bidas terus Anwar kalau itu yang dinyatakan," katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran itu percaya tindak-tanduk Nik Abdul Aziz dan penyokong PKR yang mempertahankan kenyataan Anwar mempunyai kaitan dengan harapan pembangkang meraih bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Yahudi untuk memenangi pilihan raya.

"Mereka tidak yakin boleh tawan Putrajaya melalui proses pilihan raya dan demokrasi tanpa campur tangan kuasa asing.

"Ulama politik itu atau Nik Abdul Aziz telah berjaya memukau semua ahli Pas supaya hanya tumpu kepada matlamat politik dan usaha menawan Putrajaya. Mereka sanggup membelakangi nasib dan maruah rakyat Palestin," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Puad menyeru rakyat supaya menolak dan mengecam Nik Abdul Aziz serta penyokong Anwar yang menjadi punca Ketua Pembangkang itu semakin berani bersikap pro-Israel.

"Imej Malaysia yang selama ini konsisten menentang kezaliman Zionis akan bertukar menjadi sebuah negara pro-Israel jika pembangkang menang pilihan raya,'' tambahnya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Tebuan said...

Dia ni sapa nak suruh Dato' TGNA kembali ke pangkal jalan?
Siapa yang sebenarnya SESAT? DTGNA yang tinggi ubudiahnya atau
malaon bangang ni.Tidakkah dia sedar bahawa dia adalah Timb. Menteri Pelajaran yang paling bodoh dalam sejarah Malaysia.
Sepatutnya dia yang kembali ke pangkal jalan setelah begitu banyak telah mengharukan kementerian dan rakyat terutama sekali kaum pendididik dan bakal pendidik.

batu pelangi said...

Syaitan menyuruh rakyat menolak dan mengecam Tok Guru.Yang Bendera Israel berkibar megah dibangunan UMNO itu apa cerita???
Dasar UMNOYAHUDI Laknatullah!!!!

Anonymous said...

@Teburit - Betul tu! N.Aziz tu kan Nabi junjungan kita. Mana layak orang kafir macam UMNO tegur kita.

@batu pelirngi- Cuba ko tunjuk gambar bangunan UMNO da kibar bendera Israel sebagai bukti.