By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 4 comments

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewenangnya berbelanja mewah tanpa mempedulikan penderitaan rakyat yang mengikat perut untuk terus hidup, kata Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.

Menurutnya, ketika perdana menteri menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan mengamalkan konsep bersederhana, isterinya sendiri menonjolkan sikap boros berbelanja.

“Kita tidak pertikaikan kalau itu duit dia, tetapi ia menunjukkan betapa beliau tidak prihatin penderitaan rakyat yang terpaksa mengikat perut untuk untuk terus hidup.

“Sesetengahnya terpaksa meminjam dari along kerana tiada duit. Sedangkan dia (Rosmah) sendiri berbelanja bermewah-mewahan,” kata Haniza.

Beliau mengulas laporan kolumnis Sydney Morning Herald baru-baru bahawa Rosmah membelanjakan RM325 ribu untuk berbelanja di sebuah butik di Sydney, Australia.

Menurut Haniza, ia bukan pertama kali berita mengenai pemborosan Rosmah – yang sebelum ini dikaitkan dengan cincin RM24 juta- disiarkan media luar negara.

Lebih dikesalkan, kata beliau, Rosmah bukan sahaja tidak memohon maaf kepada rakyat Malaysia, sebaliknya menafikan berita yang disiarkan akhbar berkenaan.

“Dia tidak belajar dari Imelda Marcos- contoh yang pernah dikutuk rakyat Filipina yang juga tidak jauh dari negara ini,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Haniza yang juga Adun Taman Medan meminta perbelanjaan bagi projek Permata, yang dikendalikan di bawah Rosmah turut disiasat.

“Kalau begitu cara perbelanjaan, projek permata di bawah Rosmah juga wajar disiasat untuk mengetahui bagaimana ia dibelanjakan. Ini kerana jutaan ringgit telah disalurkan untuk Permata,” katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

4 comments:

Anonymous said...

Pencipta fitnah..nampak je bertudung labuh...akibat berkitabkan harakah..

Anonymous said...

pulak dah?

engkorang dah semak ke kredibiliti reporter australia tu? semak dulu jangan sampai tanggung malu dicap sebagai 'kaki auta' & 'kepala pusing' macam rafizi, saifuddin dan zuraidah! tapi memang dah azali PKR ni penipu dan pembohong tegar, darilah anwar anak-beranak sampilah kepada ahli nyer yang taksub!

Anonymous said...

GILA LAH, X TAKUT DOSA BETUL,LAGAK MACAM USTAZAH TETAPI MACAM TAK TAHU HUKUM MEMFITNAH...SEKARANG MACAM MANA NIE SYARIKAT YANG DIKATAKAN TEMPAT DS ROSMAH BERBELANJA MEWAH TERSEBUT TELAH PUN MENAFIKAN TUDUHAN TERSEBUT...

Anonymous said...

mmg lah org2 pkr, pas dan dap suka cipta fitnah kerana memang rosmah tak de beli pun baju di sydney tu. cincin 24juta tu pun satu fitnah juga....kalau dia beli pun dia gunakan duit simpanan dari kecik.

masalah lembu pun dia org fitnah....sama seperti masalah kapal selam dan pembunuhan altantuya. pembangkang ni memang kuat fitnah...yg tak buat fitnah unmo sahaja.