By admin On 20:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Pas kini sedang memikul tanggungjawab berat untuk menerangkan kepada orang ramai terutama penyokongnya sendiri yang keliru dengan keutamaan perjuangan parti itu..

Kekeliruan itu mungkin ditafsirkan umum sebagai kegagalan Pas bersinar dalam identitinya memperjuangkan Islam terutama selepas sanggup membiarkan satu-satunya platform yang ada baginya untuk menyebarkan ideologi parti jatuh ke tangan pihak lain.

Penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian menyifatkan, 'pengorbanan' yang dilakukan Pas demi matlamat menakluki Putrajaya sehingga menyimpang jauh perjuangan asal mereka merupakan antara titik kejatuhan parti tersebut.

Katanya, peranan Pas yang kian pudar di dalam pakatan pembangkang perlu disedari pemimpin parti itu agar tidak hanya melukut di tepi gantang sahaja dalam pakatan.

"Jika keadaan ini berterusan, akan timbul kekeliruan dalam kalangan rakyat dan penyokong mereka yang menyoal kenapa Pas kini hanya menjadi picisan?

"Keadaan ini akan menyebabkan parti tersebut di dalam dilema dan akhirnya pengaruhnya akan pudar bersama-sama peranannya dalam pakatan pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali yang digugurkan daripada jawatan tersebut minggu lalu.

Bagaimanapun, Dr. Ahmad Yunus hanya akan bertanggungjawab terhadap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri mengetuai jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

blog ini dulu nampak macam tidak berat sebelah beritanya, rupanya meleset. ketara blog ini hanya nak tarik pembaca alternatif supaya baca berita sebelahi BN