By admin On 11:31 | Categorized As , , | With 3 comments

P.PINANG - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah mendedahkan nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012.

Menurut Felo MIER, Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100% ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.

Sehubungan dengan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beranggapan bahawa Malaysia akan muflis menjelang 2019 sekaligus menunjukkan rakyat perlu menukar kerajaan supaya Pakatan Rakyat dapat menyelamatkan negara.

“Pengesahan dari MIER bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 dengan nisbah hutang kepada KDNK 100%, menunjukkan keperluan untuk menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang supaya PR boleh menyelamatkan negara daripada kemuflisan,” kata Guan Eng dalam kenyataan media.

Menurut Guan Eng, beliau bimbang ekoran kadar hutang pada masa ini sahaja sudah hampir mencecah siling hutang negara iaitu 55 peratus.

“Secara mutlak, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak 71% dalam tempoh 4 tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007,”

Tambahnya, jika kadar peningkatan yang sama diteruskan, hutang negara akan meningkat kepada RM780 bilion pada tahun 2016 dan RM1,300 bilion pada tahun 2020. Kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi.

“Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK.

Ini turut akan ‘memartabatkan’ Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.

“Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dikatakan setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang,” tambah beliau.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

3 comments:

Anonymous said...

yelah. pakatan ada nabi Nik Aziz.. khalifah Guan Eng dan terbaru IMAM PELIWAT SELURUH DUNIA GAY., DAH tentu PR akan bantu tambah lagi jumlah hutang baru

MaiL DuaSinggit said...

kalau pakatan memerintah malaysia, hancur ler malaysia nih.. pulau pinang pun terkontang kanting bagi dekat apek nih.. huh.. jadikan pengajaran sudah.. p.pinang akan kembali kepada BN pda pru13 nih!!! cayelah!!!

Anonymous said...

Berani nak ambik risiko cuba bagi pembangkang memerintah?. Habis mahkamah , polis , kerajaan ,sultan dll dimaki hamun dan di caci. Kalau berhimpun siap ada tarian dan nyanyian pompuan muslimah, lakunan mati dan bom. Paling tak masuk akal angkat sema pemimpin depa setaraf nabi dan imam mahadi. Nak jadi penyelamat konon. Kita sepatutnya selamatkan Malaysia dari perosak2 ni.