By admin On 12:30 | Categorized As , | With 0 comments



KUALA LUMPUR - Kerajaan Amerika Syarikat mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

Merujuk kepada berita dari AFP , jurucakakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland berkata keputusan itu adalah peluang bagi rakyat Malaysia untuk maju ke hadapan.

"Kami alu-alukan kes yang telah kami perhatikan sekian lama ini akhirnya ditutup.

"Keputusan mencerminkan kebebasan badan kehakiman di Malaysia dan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk memfokuskan kepada masa depan," kata Nuland.


Semalam, satu keputusan di luar jangkaan telah mengakhiri perbicaraan hampir 3 tahun satu kes yang berprofil tinggi iaitu antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa meliwat seorang pembantu peribadinya.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar tetapi empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004.

Mahkamah dalam keputusannya di akhir kes pendakwaan pada 16 Mei tahun lalu memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan tersebut selepas mendapati Mohd. Saiful Bukhari adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: