By admin On 14:00 | Categorized As , , | With 0 comments

KUALA LUMPUR : “Sama ada sedar atau tidak, pembangkang adalah alat penjajahan era baru kuasa-kuasa asing.

Mereka ditaja dengan dana besar dan pelbagai bantuan lain bagi menjayakan apa yang diistilahkan sebagai perubahan rejim,” kata wakil Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Menurutnya, terdapat pengkhianat di negara ini yang sanggup bersubahat dengan kuasa asing untuk merosakkan negara, namun malangnya apabila kerajaan mendedahkan kegiatan subversif itu, kerajaan pula dituduh mempromosikan teori konspirasi.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, pembangkang yang mengamalkan budaya politik pemusnah sering menidakkan semua kejayaan dan setiap inisiatif kerajaan.

“Pelbagai label jelek digunakan untuk menimbulkan rasa marah serta benci rakyat terhadap Umno dan pemimpin kita, antaranya Maha Firaun, Maha Zalim, Hitler dan perompak harta rakyat.

“Menjadi tanggungjawab kita untuk menerangkan fakta sebenar kepada rakyat supaya mereka faham dan tidak terpedaya dengan tipu helah pembangkang,” katanya.

Mengenai tanggungjawab dan amanah terhadap rakyat, beliau berkata, anggota parti perlu bekerja keras bagi memenuhi harapan rakyat dalam pelbagai perkara termasuk kesihatan dan pelajaran.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: