By admin On 17:00 | Categorized As , , | With 0 comments

Keserasian dan kemesraan yang ditonjolkan begitu menyerlah sehingga sesiapa yang melihat pasti mencemburui kasih sayang antara mereka berdua.

Begitulah hebatnya watak yang ditonjolkan oleh Maya Karin dan Aaron Aziz dalam filem "Ombak Rindu".

Mengulas mengenai gandingannya bersama aktor pujaan ramai itu, aktres "Pisau Cukur" itu memuji tahap profesionalisme yang ditonjolkan oleh Aaron.

Tambahan pula terdapat beberapa babak ranjang dan adegan mesra yang perlu dilakukan walaupun dia mengakui gementar.

"Seronok berlakon dengan Aaron. Seperti peminat lain, dia juga merupakan hero kegemaran saya. Dia seorang yang profesional dan menghormati saya.

Ketika di set penggambaran, dia tahu bila masa yang sesuai untuk bergurau dan juga bila saya perlu dapatkan mood," ujar aktres berusia 32 tahun ini ketika ditemui selepas majlis pra-tonton "Ombak Rindu" baru-baru ini.

"Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya.

Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar," akhirinya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: