Tinjauan terkini Universiti Malaya (UM) mendapati seorang daripada dua orang tidak percaya bahawa video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan asli.
Menurut kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) itu, sebanyak 46 peratus daripada 1,304 tidak percaya terhadap video yang mula-mula didedahkan 'Datuk T' sebelum ini.
Kajian yang dijalankan pada 23 hingga 30 Oktober itu juga mendapati 36 peratus tidak pasti dan 18 peratus lagi percaya bahawa Anwar merupakan pelaku dalam video itu.
Manakala 40 peratus beranggapan bahawa pendedahan video itu tidak menjejaskan kewibawaan Anwar manakala 34 peratus beranggapan sebaliknya. Satu perempat lagi tidak jelas.
1 comment:
tak payahlah nak kaji-kaji
bukan mereka nampak pun anuar buat atau tidak
cuma tuhan dan empunya badan sendiri saja yang tahu
selagi dia tak bersumpah demi allah dia tak melakukannya selagi itulah video sex itu adalah anuar.
janganlah nak menutup bangkai gajah dengan nyiru
lebih baik buat kajian yang boleh menaikkan ranking universiti malaya diperingkat global dan kajian yang membanggakan negara.
Janganlah nak mempertahankan pemimpin yang penuh dengan kontrovensi ini. Mentah-mentah pemimpin ini dari unversiti malaya. Patutlah ranking universiti malaya merosot sebab buat kajian yang tak berfeadah.
Post a Comment