By admin On 23:00 | Categorized As , , | With 1 comments

KUALA TERENGGANU - Pas perlu bertanggungjawab berikutan masih berlaku kejadian solat Jumaat berasingan dalam satu kariah di negeri ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, parti itu sewajarnya dipersalahkan kerana membeza-bezakan antara masjid milik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan masjid Pas.

''Keadaan itu akhirnya menyebabkan umat Islam berpecah-belah, sebab itu kita minta pemimpin-pemimpin parti itu bersungguh-sungguh mengikis sikap ego agar para penyokongnya tidak lagi terikut-ikut dengan 'fatwa' mewajibkan solat berasingan dengan umat Islam dari parti lain khususnya UMNO,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Hari Keluarga Wisma Darul Iman di Stadium Tertutup di Gong Badak dekat.

Ahmad diminta mengulas titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam yang melahirkan rasa dukacita kerana kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di negeri ini masih berlaku.

Menurut Ahmad, amalan seumpama itu mesti dihentikan bagi memastikan keharmonian kalangan umat Islam terus kukuh dan perpecahan dapat dielakkan daripada menjadi bertambah serius.

"Pas telah menimbulkan perpecahan kalangan umat Islam seperti bina masjid dengan cat hijau dan pasang bendera parti. Tempat ibadat bukan untuk parti tapi demi agama Islam dan untuk keselesaan umatnya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

otaklunyai said...

mana bleh campur dgn geng2 laknat...