KUALA LUMPUR: “Tak jadi masalah kepada saya.... tak jadi masalah. Lagipun, saya takkan buat apa-apa penjelasan sebab tak ada kena mengena dengan saya,” begitu tegas Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada boleh menerima dan bersikap terbuka andai isu mengenai Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikendalikan suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Umno 2011 bermula hari ini.
Menurutnya, jika ada pihak mahu mendapatkan penjelasan mengenai ‘kemelut’ NFC yang didakwa pembangkang sebagai projek gagal, mereka perlu merujuk perkara itu kepada ‘orang’ NFC sendiri selaku pihak lebih bertanggungjawab.
Katanya, beliau sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Ketua (Pergerakan) Wanita, malah berhasrat menekankan satu dua perkara dalam ucapannya pada Persidangan Wanita Umno kelak sebagai ‘membalas’ kritikan pihak tertentu terhadapnya.
“Saya nak bagi mesej yang jelas untuk pihak di luar sana...saya takkan jawab isu NFC sebab tak ada kena mengena dengan saya, tetapi ada satu dua mesej ini...saya akan jawab perkara ini ketika Persidangan Wanita nanti...dalam ucapan saya.
“Saya sedar sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar dan tenang serta tidak cepat melatah...saya very clear (sangat jelas)...very clear...(isu NFC), saya takkan jawab, kalau nak tanya pasal NFC, tanya orang NFC sendiri, saya hanya untuk kerja sebagai Ketua (Pergerakan) Wanita,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditemui pada sidang media di pejabat Pergerakan Wanita Umno di sini, semalam.
Menurutnya, beliau percaya ‘serangan’ dilakukan pembangkang terutama membabitkan beliau dan pergerakan dipimpinnya disebabkan pihak berkenaan takut dengan kekuatan dan kesepakatan dimiliki sayap kanan Umno itu.
“Bagi saya senang, kita boleh nampak sebenarnya mereka takut kepada kekuatan Wanita Umno. Dia (pembangkang) takut, dia tengok kita bersatu padu, Wanita rajin bekerja, turun padang, kita membina (bangsa), bukan memusnahkan dan orang sayang kepada kita.





No comments:
Post a Comment