By admin On 17:30 | Categorized As , , | With 0 comments

KUALA LUMPUR : Peguam dari seluruh negara akan berarak ke parlimen bagi membantah penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang dibahaskan hari ini.

Perarakan yang dinamakan Walk For Freedom itu bermula dengan perhimpunan di Kelab Taman Perdana Di raja dan turut disertai orang awam.

Sehingga kini, kira-kira 500 peguam dan orang ramai dilapor telah berada dilokasi berkenaan dan jumlahnya terus meningkat.

Majlis Peguam mengerahkan seluruh anggotanya untuk berarak menuju ke parlimen bermula jam 12.30 tengahari ini.

Presidennya, Lim Chee Wee, dalam ucapan kepada hadirin berkata, peguam seluruh negara tidak boleh berdiam diri dan menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa sebarang tindakan.

Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam, Syahrezan Johan pula berkata perarakan itu tidak bermotif politik, tetapi membantah tindakan tergesa-gesa kerajaan cuba meluluskan undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan.

Turut kelihatan hadir dalam perhimpunan itu Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang juga merupakan pengamal undang-undang, selain Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Jawatankuasa Disiplin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong.

Mereka yang berada di situ dilihat bersemangat melaungkan ‘bebas! Bebas! Bebas himpun! dan Bebas Rakyat yang diketuai peguam Edmund Bon.

Sementara itu, ratusan anggota polis berserta trak FRU sudah mula menghalang peserta di jalan masuk ke parlimen.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: