By admin On 22:00 | Categorized As , , | With 1 comments

Manakala ahli parlimen Pakatan Rakyat menjustifikasikan tindakan mereka keluar Dewan sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman semalam sebagai satu protes, tetapi ada pihak yang kecewa dengan tindakan tersebut.

Antara mereka ialah Melissa Loovi, yang bersama-sama 20 anak muda, berhimpun menyertai nyalaan lilin "Occupy Parliament" di Jalan Parlimen malam tadi.

"Saya tidak tahu perasaan pengundi berdaftar yang lain, tetapi sebagai seorang yang aktif menyokong pembangkang, saya kecewa dengan MP saya dan rakan-rakannya yang keluar Dewan. Mereka bukan dipilih untuk berbuat demikian," katanya.

"Hakikat bahawa undi pembangkang tidak akan dapat menghalang Rang Undang-Undang tersebut adalah soal kedua kepada saya, kerana mereka sepatutnya hadir di Dewan dan menyuarakan suara pengundi mereka, daripada berada di tempat lain ketika rang undang-undang itu diluluskan."

Loovi berkata, beliau telah mengambil bahagian dalam kempen 'Hello MP' di mana pengundi mahu ahli parlimen masing-masing mengundi menentang rang undang-undang tersebut.

"Kami menghubungi ahli parlimen dan mereka berkata mereka akan mengundi menentang rang undang-undang tersebut," katanya.

Yang lain juga menyokong pendirian Loovi dan merasakan ahli parlimen terbabit sepatutnya hadir menentang rang undang-undang tersebut dan hanya bertindak keluar dewan sebagai langkah terakhir. - Malaysiakini.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

SENDIRI UNDI SENDIRI TANGGUNG LA...
NAK NYESAL SEKARANG MASIH BLEH UBAH LAGI...

PEJUANG HAMAS...