By admin On 19:00 | Categorized As , , , | With 0 comments

Pulau Pinang : Satu lagi demonstrasi secara aman oleh beberapa NGO telah berlangsung hari ini dibahagian bawah bangunan KOMTAR bagi mengecam pentadbiran kerajaan negeri DAP.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 500 orang pelbagai lapisan umur itu juga turut dihangatkan dengan kehadiran sepanduk serta banner mengutuk kepimpinan Lim Guan Eng yang digantung disekitar kawasan berkenaan.

Antara NGO yang menyertai demonstrasi berkenaan ialah, Pertubuhan Kebajikan Sejati Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia dan Pertubuhan Suara Anak Anak Malaysia.

Mereka dikatakan berhimpun bagi membantah sikap biadap Ng Wei Aik yang merupakan Adun Komtar memerangkap setiausaha politik Ketua Menteri Pulau Pinang.

Baru-baru ini, Ng Wei Aik didakwa telah mengeluarkan kata kata kesat dan berbaur perkauman terhadap wanita India Muslim bersama suaminya lelaki Bangladesh dalam satu insiden kebakaran dibeberapa premis perniagaan di Jalan Gudwara.

Berikutan itu, dua laporan Polis telah dibuat oleh mangsa dan Polis telah melakukan siasatan terhadap Adun terbabit.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: