By admin On 08:00 | Categorized As , , | With 0 comments

TELUK INTAN - Parti Islam Se Malaysia (PAS) berasa bertanggungjawab menyelamatkan negara ini daripada berterusan dizalimi oleh pemimpin UMNO/BN. Demikian antara isi ceramah yang disampaikan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di Markaz PAS Kg. Bahagia dekat sini.

"Kita (PAS) berasa bertanggungjawab untuk menguruskan negara demi kepentingan rakyat dan kita yakin PAS mampu untuk memerintah negara kerana PAS berpegang kepada dasar Islam yang menentang kezaliman, rasuah dan sebagainya," tambah beliau.

"Saya berani berkata demikian kerana PAS percaya tentang soal jawab dalam kubur dan pertanggungjawaban semasa diakhirat kelak yang mana ini tidak berapa nampak dalam UMNO/BN."

Menurut beliau lagi, apa lagi orang Melayu hendak letakkan harapan kepada UMNO kerana UMNO sendiri menindas dan mengkhianati orang Melayu. Antaranya UMNO lesapkan tanah rezab orang Melayu sebanyak 1.3 juta hektar pada tahun 1997 daripada 3 juta hektar asalnya, Kg. Baru yang bakal hilang, dan sebagainya.

Oleh itu, beliau berharap orang Melayu sedar akan kelicikan pemimpin UMNO menipu orang Melayu dan melakukan perubahan minda dengan bertindak menukar kerajaan yang ada kepada PAS dan PR dalam PRU13 akan datang.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: