By admin On 11:00 | Categorized As , , , | With 2 comments

P.PINANG - Presiden Pertubuhan Gabungan Islam Amal (PERTIGA) telah mengadakan sidang akhbar di tepi pantai Jerejak, Persiaran Bayan Mutiara, Pulau Pinang bagi mendesak Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang menutup semua premis judi mesin kuda dan Kafe Internet di seluruh Pulau Pinang.

Seramai 140 orang yang terdiri ahli PERTIGA berkumpul semalam bagi membuat demonstrasi aman kerana terkesan terlalu banyak mesin judi.

Pulau Pinang dikhuatiri menjadi mini Las Vegas dan mendatangkan banyak masalah kepada masyarakat seperti bunuh diri, pergaduhan rumah tangga, rompak, samun, gaduh yang menyumbang kepada gejala tidak sihat.

PERTIGA telah mengambil lebih kurang 300 lebih gambar tempat mesin judi dan mereka akan meneruskan pemantauan mereka agar kedai mesin judi tidak beroperasi.


PERTIGA juga ingin berjumpa dengan Lim Guan Eng DAP tentang permohonan litar lumba, tetapi telah ditolak oleh pemimpin DAP itu, sedangkan beliau didakwa membenarkan banyak kedai mesin beroperasi.


Jika Guan Eng tidak mengendah permohonan PERTIGA utk membincangkan masalah remaja, maka mereka mengugut akan melancarkan demonstrasi besar-besaran selepas ini.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana selama ini telah menjalankan banyak operasi untuk membanteras aktiviti mesin judi.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

tutup genting dulu

Anonymous said...

Pertubuhan Amal ni macam Amal kat Lubnan ke ? Pertubuhan amal ni mesti tunjuk perasaan ke? Kalau benar2 nak buat amal dan kebajikan,buatlah yg asas dulu.. buat kerja2 amal bantu yg susah , berdakwah dan bagi contoh yg baik2, ahlak yg baik dan beramalsalleh insyALLAH, walaupun tempat judi keliling rumah, kita tak akan terpengaruh dengan benda tu...