By admin On 22:00 | Categorized As , , | With 0 comments

BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya dalam PRU13, asalkan mereka boleh menang, kata Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Sambil mengakui PRU13 akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk BN

“Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.

“Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti,” katanya.

Najib berkata beliau memerlukan semua tenaga yang ada dan ia merupakan gandingan antara yang baru dan lama bagi sama-sama bergabung tenaga berjuang pada pilihan raya nanti.

Katanya, yang penting sekali ialah mendokong calon boleh menang yang ditentukan oleh parti kerana pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai sengit.

“Dulu mereka takda (tiada) negeri, sekarang ada empat buat negeri, ada tapak, ada pangkalan. Dulu mereka takde (tiada) tapak, bila ada tapak, macam-macam boleh buat.

“Dari segi kemampuan pun lebih berbanding dulu, sebab itu kita jangan pandang mudah pada pilihan raya ini,” katanya.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: