By admin On 19:00 | Categorized As , , | With 1 comments

TERLALU banyak faktor untuk rakyat Kelantan menolak BN, berbanding isu yang diciptakan mereka untuk menyerang balas kerajaan PAS Kelantan. Sehubungan itu Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan mempertegaskan ikrar bahawa, pihaknya tidak akan sesekali memberi ruang untuk Umno-BN kembali ke tampuk kuasa.

Apakah tindakan saudara untuk memastikan kemenangan PAS Kelantan pada PRU ke 13?

DR MOHAMED FADZLI: Secara khususnya saya dan AJK Lajnah Penerangan merancang tindakan dan melaksanakan arahan dari kepimpinan melalui saluran Perhubungan Negeri dan Dewan Harian PAS Kelantan. Kami bertekad tidak akan memberi peluang BN merampas negeri Kelantan dalam PRU-13 nanti.

Sampaikan maklumat yang betul kepada rakyat, jelaskan fitnah yang sengaja disebarkan oleh BN dan kekalkan faktor kemenangan PAS di hati rakyat.

Itulah yang dilakukan oleh Lajnah Penerangan PAS dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Kita kekalkan momentum penolakan rakyat terhadap BN sebagaimana 2008. Itulah tanggungjawab utama kami.

Apakah isu saudara fikir, harus ditangani segera oleh PAS di Kelantan?

Sebenarnya BN tidak ada isu yang besar untuk menyerang PAS.

Dalam masa yang sama mereka terpaksa berhadapan dengan kemelut dalaman mereka sendiri.

Bagi mengalih pandangan dan teknik mengubah perhatian, maka mereka mencipta dan mengadaadakan isu.

Antaranya kononnya kerajaan merampas tanah rakyat, kerajaan menggadaikan tanah kepada tauke Cina dan isu air Kelantan. Isu-isu tersebutlah yang nak dijadikan modal mereka nanti. Media massa digunakan untuk mengelirukan rakyat.

Digambarkan pula ahli PAS masuk Umno sana sini kerana sudah hilang keyakinan kepada PAS.

Walaupun ianya adalah rekaan tetapi kita terpaksa tangani dengan segera kerana ada di kalangan rakyat yang terpedaya.

Isu-isu tersebut kita jelaskan dengan benar dan berfakta. Kerajaan pula sentiasa mengambil langkah memperbaiki khidmat dan menjaga kebajikan rakyat.

Apa yang tidak betul kerajaan telah berusaha dan berjaya perbetulkan. Isu kerajaan merampas dan menggadaikan tanah rakyat tidak berbangkit langsung.

Kita akui kita ada masalah dalam perkhidmatan air kerana beberapa faktor. Ada yang boleh diatasi dengan segera dan ada yang perlu masa dan belanja yang tinggi.

Tetapi masalah air ini ada di mana-mana. Cuma yang dibesarkan di Kelantan. Dalam hal ini kerajaan sedang memperbaiki perkhidmatan air ini dengan pelbagai cara.

Sebahagiannya sudah dapat diatasi. Dengan beberapa langkah yang telah diambil kita yakin masalah ini dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Apakah pula isu-isu yang hendak diketengahkan kepada rakyat untuk terus menyokong PAS?

Ada dua isu besar, iaitu isu-isu dalaman Umno dan Kerajaan BN, dan isu PAS. Pertamanya, isu Umno dan BN terlalu banyak.

Penyelewengan harta negara, pentadbiran kerajaan yang lemah dan korup dan kos sara yang terlalu tinggi. Hidup rakyat semakin tertekan tetapi pimpinan negara dan keluarga dalam kemewahan.

Di Kelantan pula, siapakah pemimpin Umno yang boleh menyaingi Tuan Guru Nik Aziz dan pimpinan PAS yang lain.

Siapakah pimpinan Umno Kelantan yang amanah dan boleh diharapkan untuk membela harta dan nasib rakyat apalagi untuk menjadi contoh tauladan yang dekat di hati rakyat.

Kalau hasil bumi yang jelas menjadi hak rakyat Kelantan seperti royalti petroleum pun mereka khianati, maka jelas di mata rakyat mereka adalah pengkhianat yang tidak boleh diserahkan amanah.

Keduanya isu PAS. Ia sudah mentadbir Kelantan selama lebih dari 20 tahun. Dalam tempoh tersebut terlalu banyak yang telah berjaya dilaksanakan. Apa yang tidak pernah difikirkan oleh BN, PAS buat di Kelantan.

Malah ada dasar dan program kerajaan PAS yang secara malu-malu ditiru oleh kerajaan BN. Rakyat boleh menilai sendiri. Rakyat memilih PAS kerana dasar dan matlamatnya yang jelas iaitu Islam.

Apabila PAS mentadbir Kelantan, ia memperkenalkan pula sistem pentadbiran yang seimbang antara rohani dan jasmani. Pentadbirannya bersih, perlaksanaanya adil, dan program rakyatnya berkebajikan. Kepimpinannya pula sederhana dan dekat dengan masyarakat.

Faktor ini sentiasa melekat di hati rakyat. Sebab itulah PAS mampu bertahan walaupun berhadapan dengan berbagai ancaman fitnah dan tekanan.

Dari sudut pembangunan duniawi walaupun mungkin kita tidak setanding dengan setengah negeri yang sudah pun maju tetapi tidak kalah dengan setengah negeri BN yang lain.

Tetapi dari aspek pembangunan rohani, apa yang ada di Kelantan tidak ada di negeri-negeri yang lain. Itu kita yakin dan pasti.

Inilah faktor yang akan terus memberikan kekuatan kepada PAS dalam berhadapan dengan BN. Rakyat sedar hal ini. Justeru tidak ada sebab untuk rakyat menolak PAS dan memilih Umno.

Dengan kembalinya Umno bermakna bersamanya kembali segala macam kemungkaran yang telah lama disingkirkan di bumi Kelantan ini. Majoriti rakyat Kelantan menolak kemungkaran.

Yang minoriti itulah menjadi fokus kita. Itulah perkara yang akan kita ketengahkan kepada rakyat agar rakyat terus menyokong kita dalam pilihan raya nanti.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

1 comment:

Anonymous said...

khoyal la puak mu.tunggulah ngundi ni.puak mu ambil tanah aku di gua musang pah bui ke cina singgapore tak ngaku.orangalah ke gua musang semua tahu dah jahat puak mu ni.