By admin On 18:00 | Categorized As , , , | With 0 comments
Dalam satu temubual di akhbar harian China Press , Ketua Menteri P.Pinang mengaku beliau telah mencapai puncak kerjaya politiknya selepas menyandang jawatan tertinggi di negeri itu selama empat tahun, tetapi beliau tidak akan memegang jawatan itu selama Tan Sri Koh Tsu Koon yang memimpin negeri itu sebagai ketua menteri selama 18 tahun.

"Saya serahkan kepada rakyat Pulau Pinang," katanya.

Mengenai sama ada DAP akan mencontohi manifesto pilihan raya PKR sewaktu pilihan raya Sarawak tahun lepas untuk menghadkan tempoh ketua menteri kepada tiga penggal, setiausaha agung DAP itu menjawab: "Kami tidak pernah berbincang mengenainya."

Lim menolak dakwaan bahawa dia adalah seorang pemimpin autokratik yang telah mengatasi anggota exco kerajaan negeri yang lain, dengan berhujah bahawa ia adalah satu persepsi yang dicipta oleh Umno.

Mengenai pandangan rakan-rakannya bahawa beliau harus melepaskan lebih banyak kuasa pentadbiran untuk menggambarkan imej kabinet negeri sebagai satu pasukan, Lim berkata, ia adalah satu gambaran yang dicipta oleh media, yang sering memberi tumpuan terhadapnya.

"Seorang ketua menteri mesti memperlihatkan keprihatinan kepada semua dan melawat pelbagai tempat. Saya perlu menghadiri pelbagai acara, termasuk yang berkaitan dengan pertanian, malah sukan. Ini adalah skop tugas saya.

"Parti lawan menyerang saya dan bukan anggota exco yang lain, jadi saya perlu untuk terus mempertahankan diri saya dan ini mewujudkan persepsi tersebut," Lim dipetik oleh harian tersebut.

Admin PenangPos - Pihak editorial tidak bertanggung jawab diatas sebarang komen yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca lain. Komen-komen dibawah adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Terima Kasih.

No comments: